Mengenai Trip:
- Solo
- Tiada check-in luggage
- 5hari 4malam
- 2 malam di Hulhumale, 2 malam di Maafushi
Hari 5 - 10 October 2016 (Hari Terakhir)
Cuaca agak baik
pagi ini dan hari ini merupakan hari terakhir aku di bumi Maldives, negara yang
aku impikan untuk jejaki sejak dari bangku sekolah lagi. 4 hari yang lepas
semuanya berjalan dengan lancar dan tiada apa yang tidak diingini berlaku. Diharapkan
juga hari ini semuanya berjalan dengan lancar hendaknya.
Selesai mandi,
seperti biasa aku bersarapan pagi. Menu sama seperti semalam. Cuma pencuci
mulut yang berbeza. Aku tak kisah, sebabnya memang sarapan pagi itu adalah
kegemaran aku. Di sebabkan tour hari ini (snorkeling+sand bank picnic+ dolphin
watching) di uruskan oleh pihak hotel aku sendiri, jadi aku tidak perlu
kemana-mana, hanya perlu menunggu di hotel sahaja. “ I will knock your door
when its ready”, kata staff Shadow Palm.
Jam 9.30 pagi,
bilik aku diketuk menandakan aku perlu bersiap sedia untuk tour. Apabila aku
keluar dari bilik, ramai rupanya orang berkumpul di lobi hotel. Semuanya
menginap di hotel lain, Cuma mendaftar tour di sini. Mungkin salah satu sebab
harga yang ditawarkan disini adalah lebih murah.
$$$ Tour
Snorkelling+Sand Bank Picnic+Dolphin Watching, 25USD 10am-1pm (by Shadow Palm)
Aku sempat
memberitahu staff disitu yang aku akan booking bot ke airport jam 3 petang. Dan
pihak hotel mengatakan, aku tidak perlu check-out awal sebab tiada orang yang
akan check-in untuk hari ini. Aku diarahkan untuk memilih jaket keselamatan, snorkeling
gear, dan flipper mengikut kesesuaian saiz. Dulu aku tak biasa dan pandai nak
guna flipper. Sekarang, dah okay sebab dah selalu guna. Flipper banyak
membantu, tak payah nak kayuh kaki banyak sangat. Boleh simpan tenaga.
Ada pasangan dari
Malaysia dalam trip ini. Aku terus tegur. Ini dah hari kelima, baru aku jumpa
orang Malaysia. Ingatkan ramai Malaysia yang datang kesini, mungkin diorang tak
tinggal kat Maafushi kot… orang have-have, tinggallah di resort 5-10 ribu
semalam. Seperi biasa pasangan yang baru berkahwin. Suami dia macam kurang
bercakap. Isteri dia pulak jadi orang tengah bercakap. Biarlah, aku dah
menjalankan tugas menegur orang Malaysia.
Aku di bawa ke bot
laju. Semuanya berpasangan, kecuali aku. Kah! Agak tebal jugak muka, tapi tak
kisahlah kan. Seperti biasa, aku menjaja cerita sedih kenapa aku di Maldives
berseorang. Ceritanya bermula pihak perempuan membatalkan perkahwinan di saat
akhir. Disebabkan aku dah aturkan segala perancangan honeymoon, aku gagahkan
untuk pergi bertujuan menenangkan fikiran. Gituu…. Terus semua tak Tanya dah…
idea dari cerita Bollywood “Queen”..
Snorkeling di sini
ada 3 point. Pertama, dibawa ke Coral Point, Nemo Point dan terakhir Turtle
Point. Pihak guide mengatakan jika peserta memang ikut arahan leader guide,
maka confirm dapat berjumpa dengan penyu. Ya!! Memang benar, ada penyu. Ini
adalah kali ketiga aku berenang bersama penyu. Pertama kali di Lombok, kedua di
Mabul, dan ketiga di Maldives. Tapi, aku masih takut dengan penyu ketika
snorkeling. Aku takut penyu tersebut gigit aku. Walaupun macam tak nampak ada
gigi kan.
Airnya jernih, coral
nya cantik, nemo pun senang nak nampak, ikan melambak. Boleh dikatakan
spot-spot snorkeling di Maafushi adalah menawan dan berbaloi. Bukan seperti di
Hulhumale semasa Cataran Cruise.
Selesai snorkeling
ketiga-tiga tempat, jam menunjukkan 11.30am, program seterusnya kami akan ke
Sand Bank. Sand Bank ini adalah pulau pasir, dimana jika air pasang, pulau ini
akan tenggelam. Di sini acara adalah bebas. Makanan ringan disediakan iaitu
roti sandwich dan buah-buahan. Tidak mengenyangkan sebenarnya. Cantik gila sand
bank ini. Air dia jernih macam diamond. Pasir pulak putih. Memang aku baring
sambil bergolek-golek di sini.
Apa yang menariknya
tour kali ini, perkhidmatan photo disediakan. Di sand bank, semua peserta akan
di ambil gamba bersama pasangan masing-masing, sudah tentulah aku berseorangan.
Hasil gamba pun cantik! Semua dah bergambar dan makan, kami mula bergerak ke
bot.
Di dalam perjalanan
balik ke Maafushi, bot berhenti seketika untuk melihat ikan lumba lumba, lama
juga diorang mencari dan memanggil, akhirnya fuh banyak sekali yang datang. I
still amazed with what I saw okay. Tak sempat ambik gambar sebab nak menikmati
moment tersebut. Aku tak pasti kenapa bulu roma aku naik. Ikan lumba-lumba
seperti menunjukkan tarian kepada kami semua. Semakin kuat sorakan, semakin
menjadi-jadi pun ada.
Dalam 15 minit kami
berhenti, semua dah puas hati, perjalanan diteruskan. Aku nampak cuaca dah mula
gelap menandakan hujan akan turun. Dalam perjalanan balik, aku duduk di atas
bumbung bot. Best jugak melayan udara segar.
Jam 1.30 petang,
aku sampai di hotel. Aku disapa oleh staff hotel. Dia remind aku sekali lagi,
aku tak perlu rushing packing barang. Dekat jam 3petang nanti boleh check out.
Disebabkan ada masa lagi, aku bersihkan diri, dan berehat seketika. Aku sempat
singgah di kedai souvenier untuk beli fridge magnet dan postcard.
Jam 2.30pm aku
check-out dan membuat pembayaran semuanya. Tepat jam 3, ada seorang staff
datang untuk bawa aku ke bot laju.
$$$
Shuttle boat, from Maafushi-Airport, 3pm by Shadow Palm, 15USD
Dalam jam 4, aku
dah sampai aiport, disebabkan ada banyak lagi masa (flight jam 8malam), aku
singgah makan di Burger King. Mahal! 15 USD semata-mata nak makan Whopper Set.
Biarlah, aku dah sememangnya lapar.
Di airport, ada pejabat
pos, aku singgah untuk beli setem dan menulis semua passport yang baru aku
beli, banyak poskad yang perlu ditulis, tulisan pun dah cakar ayam. Selesai,
aku masukkan dalam peti surat terus. Alhamdulillah, semua poskad selamat sampai
kepada yang dikirim.
Travel Tips #19: Duit
MVR yang berlebihan, tidak dapat ditukar kembali ke USD jika anda berniat
melakukannya di kaunter bank. Mereka hanya menerima penukaran balik ke USD
sekiranya anda pernah dan ada resirt mengatakan anda menukarkan USD ke MVR
dengan bank mereka sebelum ini. Jika tidak, pandai-pandailah belanjakan semua
MVR or mintak tukar dengan kedai-kedai disitu.
|
Disebabkan aku dah
check-in online dan dah print kan boarding pass aku, aku terus masuk ke dalam
kaunter imigrisen. Tetapi aku disuruh keluar balik untuk printkan tiket
boarding pass.
Travel Tips #20:
Sesungguhnya, boarding pass online tidak diterima disini. Ada luggage atau
tidak, perlu ke kaunter untuk printkan tiket. Sebab tiket disini agak
istimewa, ada corak siput dan pulau disekeliling tiket. Lupa nak ambik
gambar.
|
Tepat pada masanya,
aku pun boarding. Maka berakhirlah perjalanan 5 hari aku di Pulau Maldives!.
Terima kasih kerana mengikuti travelogue aku. Jikalau terdapat soalan, jangan
segan untuk bertanya okay!
Read my MALDIVES articles:
hi..nak tnya..awk travel solo tapi sape yg amikkn gambar😊
ReplyDeletetripod
Deletejo
ReplyDelete