=========================================
Mengenai Trip:
- Solo
- Tiada check-in luggage
- 5hari 4malam
- 2 malam di Hulhumale, 2 malam di Maafushi
Hari 2 - 7 October 2016
"Good morning
Maldives" ucap aku untuk diri sendiri. Masih lagi tak percaya yang aku
sekarang berada di Maldives. Terima kasih juga kepada AirAsia, kerana syarikat
inilah travel menjadi lebih mudah dan murah. Kalau AirAsia tidak wujud, mungkin
nak pegi Maldives kena fikir dua tiga kali.
Aku bangun dan periksa FB aku, takut pihak Secret Paradise Maldives (SPM) ada balas PM aku.
Namun tiada bayang-bayang pun. Hidup kena diteruskan dan aku masih tiada idea nak buat apa hari ini. Aku mandi dan seterusnya
ke lobi hotel untuk bersarapan pagi. Ohw, rupa-rupanya sarapan pagi aku telah
disediakan di bahagian rooftop hotel. Pagi yang tenang dan sunyi. Kenderaan di
pulau Hulhumale ini pun kurang. Lagipun hotel ini tiada penghuni lain. Jadi aku
borak-borak dengan staf hotel ni je. Tanye tips ngan diorang, minta advice. Lihat jam, masih awal lagi, sempat baca novel bimbo dari Kevin Kwan, bimbonya watak novel ini boleh menceriakan hari aku,
Jam 9.10am, perut
dah diisi jadi aku balik ke bilik aku. Aku nampak ada mesej balas dari pihak
SPM, wakil diaorang bagitahu yang pagi ini akan ada sekumpulan traveler buat
tour Catamaran Cruise, sekali dengan snorkeling, untuk half-day tour, berharga 75usd
seorang, tambahan dia bagitau jika aku nak join tour tu, aku kene pegi jetty
sendiri sebelum jam 9.30am. Wow, ada 15 minit saja lagi. Aku apa lagi, dengan
sepantas kilat pack barang keperluan dan terus ke lobby mintak staf hotel call
taxi.
Dalam 5 minit, taxi
dah di depan hotel. Taxi agak comel berwarna biru. Perjalanan pun sekejap,
dalam 6 minit dah sampai. Harga taxi di sini dan di bandar Male adalah fixed
price, 55MVR, dekat atau jauh tak payah risau.
$$$ Taxi di sekitar Hulhumale: 25MVR (Fixed Price)
Travel Tips
#05: Harga taxi di Pulau Hulhumale dan Male adalah tetap, iaitu sebanyak
25MVR, dekat atau jauh. Hanya dua pulau ni je yang ada taxi.
|
Sampai aku di jetty
Hulhumale, aku berlari mencari bot tour aku tapi aku tak pasti yang mana satu
bot yang akan aku guna. Tetiba ada seorang yang menegur aku, dia menanyakan aku
adakah aku yang nak join Catamaran Cruise, aku mengiyakan. Rupa-rupanya dia
adalah tour guide untuk tour pada hari ini. Sebenarnya aku tak pasti sangat apa
yang tour ni tawarkan. Aku main join jer kan.
$$$ Catamaran Cruise + Snorkeling start from Hulhumale half
day 9.30am-1pm, 75USD
Sampai dalam kapal
cruise, aku berkenalan dengan peserta lain. Kumpulan doktor dari India yang
bekerja di Maldives. 5 orang mereka, 2 adalah pasangan suami isteri dan seorang
ibu kepada salah seorang dari mereka. Seperti biasa, diorang hairan aku travel
seorang dan banyak jugaklah soalan interview dari diorang.
Aku sempat jugak
mintak tips dan advice untuk baki perjalanan aku akan datang. Mereka sangat
peramah jugak. Kapal cruise dikendalikan oleh 3 orang anak kapal termasuk
kapten. Jadi jumlah orang di atas kapal cruise itu sekarang adalah sebanyak 10
orang (Aku+5orang keluarga dari India+1 tour guide+3anak kapal). Tour guide dan
anak-anak kapal pun sempoi dan sangat menghidupkan suasana.
Perjalanan di
mulakan. Aku pun lepak di depan kapal untuk menikmati pemandangan. Tetiba aku
terfikir, aku dahla bekerja atas kapal, balik bercuti pun enjoy naik kapal.
Hahahaha. Kapal cruise ni takla laju, perjalanan lebih kepada relaxing journey
and enjoying the view.
Dah sejam
perjalanan, kami disuruh untuk bersedia untuk sesi snorkeling. Aku dah standby
swimming tight aku, dan aku wajib guna jaket keselamatan, tak berapa nak
konfiden. Aku dah biasa snorkeling, jadi tour guide tak kisah sangat tentang
aku. Aku orang pertama yang terjun dari kapal cruise. Keluarga dari India ada
sedikit masalah kerana ini adalah pengalaman pertama diorang untuk snorkeling.
Mereka tak biasa dengan life jakcket, snorkeling gear dan nak timbul pun agak
payah. Tapi tour guide bersabar mengajar mereka seorang demi seorang.
Dalam 20 minit, aku
dah naik kembali ke kapal cruise. View kat laut sini tak best, sebab tempat
yang diorang berhenti ini agak dalam dan arus deras. Ikan pun kurang dan air
pun agak keruh. Aku simpan tenaga untuk snorkeling point yang kedua nanti.
Jarak snorkeling
point pertama dengan kedua, dalam 15minit. Aku menghabiskan dalam 15 minit
sahaja untuk snorkeling sebab view yang kurang menarik. Mungkin aku dah biasa
dengan view yang meletup seperti di Mabul dan Laut Merah di Mesir.
Selesai snorkeling, makanan tengahhari sedia untuk dihidang. Wah! Anak-anak kapal dan kapten ini juga yang masak. Menu makanan agak simple seperti ayam goreng, dhal, telur rebus, dan lauk. Mungkin dari segi yuran 75USD, makanan seperti ini agak berbeza. Tapi aku tak kisah sebab makanan ini sangat memenuhi citarasa aku. Tak ada beza dengan makanan di Malaysia. Lebih-lebih lagi dihidangkan panas-panas. Fuh!
Tetiba ada makcik
bawang tanya, halal ke tu?. Untuk pengetahuan makcik, Maldives ini adalah
negara Islam. Makanan dipercayai 100% halal yer. Cuma aku rasa keluarga dari
India dah inform dengan pihak cruise yang diorang tak boleh makan daging.
Dah kenyang, kami relax seketika supaya makanan dapat dihadam. Kami disuruh bersedia untuk singgah jalan-jalan di Pulau Himmafushi. Untuk ke pulau ini, perlu transfer dengan menggunakan bot kecik sebab kapal cruise tak dapat nak masuk jetty sebab air cetek.
Penempatan di Pulau
Himmafushi ni agak kecil. Tak sibuk pun, mungkin kurang pelancong disebabkan
low season. Diberitahu lelaki di sini sebenarnya tidak bekerja, dan pelancongan
adalah sumber rezeki mereka. Jadi kebanyakan mereka hanya melepak menunggu pelancong.
Travel Tips
#06: Nak tinggal di luar kawasan pelancongan? Boleh cuba tinggal di Pulau
Himmafushi
|
Pulau Himmafushi
ini belum lagi di komercialkan. Tiada hotel ataupun resort mewah. Yang adapun
macam hotel berupa homestay. Mungkin sesiapa yang mencari kelainan, bolehla
tinggal disini, mungkin lebih murah. Anda boleh datang kesini menaiki public
ferry dari Male.
Fakta yang menarik
di pulau ini adalah pulau ini tidak nampak kabel elektrik di bumbung rumah. Ini
adalah kesemua kabel diletakkan di bawah tanah. Pulau ini juga salah satu
mangsa kepada kejadian tsunami yang lepas. Ada jugak rumah yang diperbuatkan
daripada batu-batu karang dan bukannya batu bata biasa. Sangat kreatif dan
menarik. Dan boleh dilihat juga pulau ini agak tenang dan kebersihan sangatlah
terjaga.
Hampir sejam kami jalan disekitar pulau Himmafushi, kami pun balik ke kapal cruise, tapi sebelum tu sempat beli jus kelapa yang fresh. Berharga 1.50USD. Lebih kurang harga di Malaysia.Tak apalah, anggap jer aku menyokong ekonomi penduduk di sini.
$$$ Jus kelapa fresh 1.50USD
Sepatutnya pada jam 1.30pm, tour kami akan tamat. Tetapi kapten bagitau yang diorang ada masalah enjin, perjalanan akan menjadi lebih perlahan. Dan akan sampai di Hulhumale dalam jam 4pm begitu dan kami tidak perlu bayar lebih untuk tour ini. Kami semua pun tak membantah, tambah gembira lagi ada sebab jika full day tour, harga untuk seorang adalah 100USD. Agak bertuah jugak untuk aktiviti yang pertama. Jadi, masa selebihnya, hanya relaks ambik angin kat depan kapal cruise.
Sampai di
Hulhumale, aku dihantar balik oleh tour guide aku. Disebabkan aku seorang, dia
suruh aku tumpang motor dia. Adalah juga pengalaman merempit di Maldives. Nak
ke hotel, tour guide aku sesat. Tertaksa menggunakan bantuan Google Maps.
Dengan ini, berakhirlan trip Catamaran Cruise. Aku agak recommend lah tour ini
untuk sesiapa nak chill-chill atas kapal cruise ala-ala Che-Ta. Sebab di
Hulhumale, kurang tour ditawarkan. Kalau adapun seperti private resort, agak
mahal berbanding jika ambik tour di Maafushi.
Travel Tips
#07: Untuk private resort tour, better ambik di Maafushi, lebih murah dan
lebih banyak peserta untuk sesebuat resort, senang untuk travel solo
menyelit. Kalau dari Male atau Himmafushi, agak mahal atau jika murah pun,
resort yang anda pilih mungkin takda orang lain yang join, maka trip tidak
dapat dijalankan melainkan anda travel lebih dari 2 orang.
|
Sampai di bilik
hotel, aku bersihkan diri dan baring sekejap sebelum aku mula meneroka
Hulhumale. Dari hotel ke pantai, cuma berjalan dalam 10 minit. Sempat singgah
di pejabat Ooredoo, untuk beli sim card prepaid. Sepanjang aku di Maldives,
coverage untuk Ooredoo boleh tahan dan internet pun agak laju.
$$$ Simcard Prepaid Ooredoo, 1GB data, 149MVR
Sekarang aku dah ada simcard, senang untuk update. Aku mula explore dari hujung pantai sampai pertengahan sahaja, tak larat nak jalan jauh. Lagipun hari dah mula gelap. Di sini, tiada pusat hiburan yer. Jika anda ada duit lebih, boleh tinggal di hotel berhadapan dengan pantai. Ada juga hotel yang mempunyai rooftop swimming pool. Apa yang menarik, di tengah pantai, ada dibuat seperti pagar kolam renang. Maksudnya akan ada kolam renang di tengah-tengah pantai. Tapi aku malas nak basah, sebab dah buat snorkeling.
Perut dah berbunyi. Aku jumpa satu restoran fast food yang agak ramai orang beratur. Rupa-rupanya restoran itu baru bukak. Aku pun masuk barisan untuk order makanan. Aku pilih set Orinetal Rice, iaitu ada nasi goreng, ayam goreng dan soft drink. Harga pun boleh tahan mahal.
$$$ Dinner di Zent Take Away, Oriental Rice Set 6.5USD
Mula-mula aku duduk
di luar. Makin lama makin gelap, takda lampu. Nyamuk pun dah berleluasa. Dah
hampir setengah jam, makanan aku tak sampai-sampai. Dah berkali-kali aku tanya
dengan pelayan, masih jugak tak dapat. Aku tengok orang kiri kanan yang baru
datang pun dah dapat makanan. Aku decide untuk masuk ke dalam, jumpa kashier
yang ambik pesanan aku. Dia pun terkejut dengan makanan aku tak sampai lagi.
Aku bagitau aku akan duduk di meja di dalam. Tak sampai sepuluh minit, makanan
aku sampai. Ayam goreng dan nasi goreng masih lagi panas. Layan jugak, terubat
hati yang tengah panas ini.
Dah kenyang, aku
jalan kaki balik ke hotel. Sempat singgah di kedai runcit, beli roti dan air
mineral. Kat sini, agak selamat untuk jalan kaki. Anjing pun macam tak nampak
kat sini.
$$$ Barang di kedai runcit, 5USD
Sampai di bilik,
aku google buat research sikit apa yang aku nak buat esok. Aku ni bukan jenis
yang dah rancang segala, malam-malam baru terhegeh hegeh nak google. Plan aku,
aku decide pagi esok nak bangun awal, pegi bandar Male, pegi jeti Vilingili
beli tiket ferry ke Maafushi, jalan-jalan bandar Male, pastu balik ke Hulhumale
dan balik hotel, check-out dan terus pegi jety Vilingili di Male balik untuk ke
Maafushi. Begitulah plan asal. Tengoklah macam mana nanti.
Diharapkan esok
hari berjalan dengan lancar.
Bersambung di hari
3…..
Read my MALDIVES articles:
7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo
30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu
Maldives Solo Travel - Itinerary & Full Budget Report for 5 days 4 nights
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips
Read my MALDIVES articles:
7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo
30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu
Maldives Solo Travel - Itinerary & Full Budget Report for 5 days 4 nights
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips
A very energetic and informative article. I really appreciate this post thank you for sharing these type of posts. Good post. I was searched for this topic. Finally, I got the information on this blog. Thanks for posting such a nice article.
ReplyDeletehttps://www.bharattaxi.com