Mengenai Trip:
- Solo
- Tiada check-in luggage
- 5hari 4malam
- 2 malam di Hulhumale, 2 malam di Maafushi
Hari 3 - 8 October 2016
Agak awal aku
bangun pagi ini sebab memang dah ada perancangan. Seperti semalam, aku
bersarapan di cafe di atas bumbung hotel. Aku packing segala barang aku ke
dalam bag. Harap-harap dapat beli tiket feri ke Pulau Maafushi.
Masih segar dalam
ingatan aku, hari ini adalah hari Khamis. Setelah bersiap, aku meninggalkan bag
aku di lobi hotel untuk disimpan dan aku terus menguruskan urusan check-out
bilik. Setelah selesai, aku meminta staff disitu untuk menghubungi teksi.
Dalam beberapa
minit, teksi pun sampai dan aku terus dibawa ke terminal ferry. Aku membeli
tiket public ferry ke Male dengan harga 5.5MVR. Murah! Aku disuruh duduk
diruang menunggu sementara ferry seterusnya sampai. Ferry ulang-alik
Male-Hulhumale adalah sangat kerap. Mungkin setiap setengah jam.
Ferry aku dah
sampai, cuma tunjukkan tiket kepada penjaga. Begini rupanya public ferry di
Maldives ni, dengan menggunakan kerusi plastik di kedai makan. Boleh disimpul
perjalanan agak selesa. Mungkin boleh memuatkan lebih kurang dalam sesuatu
masa.
Travel Tips #08: Disebabkan di Male terdapat beberapa terminal ferry,
take note bahawa untuk ke Maafushi, anda perlu ke Terminal Ferry Villingili.
|
Sesampai aku di
Male, aku terus naik teksi untuk dibawa ke Terminal Ferry Villingili, seperti
biasa harga adalah tetap 25MVR kemana-mana di bandar Male. Dalam 5 minit dah
sampai. Boleh jer berjalan kaki, tetapi aku nak cepat untuk beli tiket, sebab
esok dah Jumaat, public ferry dah takda. Terminal Ferry Vilingili boleh
dikatakan agak sibuk.
$$$ Tiket Public Ferry dari Male ke
Maafushi (1.5jam)
Ahad/Selasa/Khamis: 53MVR (10 am dari Male)
Weekdays kecuali Jumaat: 22MVR (3pm dari Male)
Sabtu/Isnin/Rabu: 53MVR (12.55pm dari Maafushi)
Weekdays kecuali Jumaat: 22MVR (7.30am dari Maafushi)
Aku terus ke
kaunter tiket, alamak, ada notis "Ticket to Maafushi for today SOLD
OUT". Aku beberapa kali ulang alik ke kaunter tersebut untuk kepastian.
Aku sempat bertanya kepada penjaga kaunter di situ. Ya, memang sah tiket public
ferry untuk hari ini sold out. Esok dah takda ferry.
Travel Tips #09: Hari Jumaat public ferry ke Maafushi ditutup, maksudnya
untuk tiket hari Khamis, hendaklah dibeli dengan lebih awal untuk mengelakkan
kekecewaan seperti aku alami.
|
Jam menunjukkan jam
9pagi. Aku cuba duduk di satu tempat duduk yang kosong di terminal tersebut.
Cuba menenangkan diri. Masa-masa beginilah otak kena berjalan. Aku melihat
ramai jugak traveler yang tak sempat beli tiket untuk hari ini. Ada yang dah
bawa backpack diorang. Aku mula menggoogle option yang ada.
Ya, ada satu lagi
cara untuk ke Maafushi iaitu dengan menggunakan perkhidmatan Speedboat yang
berharga 20USD seorang, perjalanan dalam satu jam. Perkhidmatan ini ditawarkan
oleh syarikat ICOM, boleh pegi website diorang. Aku lihat jadual speedboat
untuk hari ini adalah jam 1 petang. Tanpa berlengah lagi, aku terus membuat
pembayaran online dengan menggunakan Paypal. Tempat menunggu adalah di terminal
lapangan terbang. Ini bermakna aku kena berada di situ sebelum jam 1 petang.
Settle dah masalah! Walaupun mahal, tapi at least perancangan aku tak
terganggu.
$$$ Speedboat dari airport Male ke Maafushi, 20USD dari
syarikat ICOM, boleh bayar online.
Travel Tips #10: Selain dari Public Ferry, anda boleh menggunakan
Speedboat untuk ke Maafushi. Booking online dari ICOM, selain ICOM ada juga
company lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Jika anda memang dah
decide untuk menggunakan speedboat dari awal lagi, bolehla booking awal.
|
Dah selesai semua
pembelian, aku lihat jam, aku ada beberapa jam lagi untuk dihabiskan dibandar
Male. Kecik je pulaunya. Boleh jalan dari hujung ke hujung. Dari Terminal
Villingili, aku terus menuju ke arah Terminal untuk ke Hulhumale. Tetapi di
dalam perjalanan, aku singgah sekitar untuk mengambil gambar. Untuk ke museum,
aku malas nak jejak. Aku sempat jugak ke pasar tani dan pasar ikan diorang.
Agak menarik.
Dekat jam 12, aku
beli tiket public ferry untuk ke Hulhumale, tanpa lama menunggu, ferry aku pun sampai.
Aku naik teksi untuk ke hotel. Sampai aku di hotel, aku suruh diaorang untuk
menghubungi dan book shuttle transport ke airport. Ini adalah kerana teksi
tidak akan pergi ke airport, hanyalah shuttle transport seperti kereta MPV.
$$$ 20USD untuk transfer dari hotel Hulhumale untuk ke
airport.
Travel Tips #11: Tiada teksi untuk ke airport Male dari Hulhumale, semua
menggunakan private shuttle service yang berharga 20USD per pax.
|
Pemandu shuttle
akan mengambil aku jam 12.45tengahhari, aku mulanya tidak bersetuju, tapi dia
mengatakan perjalanan hanyalah 5-8 minit sahaja, dah aku akan sempat untuk
berjumpa dengan wakil dari ICOM. Disebabkan ada masa lagi, aku singgah di
restoran berdekatan dengan hotel aku untuk makan tenggahari. Restoran penduduk
lokal, aku order nasi beriyani + kari ayam + air, cuma 75MVR sahaja. Sedap!
$$$Lunch Nasi Briyani+Kari Ayam, 75MVR
Selesai makan, aku
balik ke hotel, jam menunjukkan hampir 12.45pm, tetapi kelibat shuttle van pun
tak nampak lagi. Aku dah mula gelabah, suruh staff hotel hubungi driver. Dalam
beberapa minit, shuttle van aku dah sampai. Aku bergegas masuk dan beritahu
yang aku dah nak terlewat.
Beberapa minit lagi
nak jam 1pm, aku sampai di airport. Tempat berkumpul adalah di Information
Counter. Nasib baik aku jumpa kaunter tersebut, terus berlari ke situ. Dalam
masa seminit, aku ternampak seorang menggunakan baju logo ICOM, aku tegur dia,
dan dialah wakil dari pihak ICOM. Ada beberapa lagi yang sudahpun menunggu.
Apabila dah confirm semua yang booked dah ada kat situ, kami mula bergerak ke
speedboat.
Speedboat mula
bergerak, destinasi pertama adalah di Terminal Ferry Male. Maknanya, tidak
perlu ke airport pun, boleh jer pilih pick-up dekat terminal ferry Male, tetapi
terminal di sini agak besar dan terbuka, mungkin susah nak cari wakil ICOM. Di
sini, penumpang pun naik memenuhi kerusi yang kosong. Speedboat penuh hari ini,
nasib baik sempat beli tiket.
Dalam masa satu jam
perjalanan yang lancar, dah sampai Maafushi. Cantik pasirnya, dan tak sibuk
pun. Mungkin bukan waktu kemuncak. Dari jeti, aku mulakan langkah untuk mencari
hotel aku, Shadow Palm. Aku ingin arahan dari pihak hotel bagaimana hendak ke sini.
Dah sampai Shadow
Palm, terus check-in. Seperti biasa ada minuman jus selamat datang. Tapi kali
ini hanya dihidangkan satu gelas sahaja, sebab bayaran hotel ini adalah untuk
satu orang. Aku ditunjukkan bilik aku yang akan aku duduk untuk 2 malam. Agak luas
dan selasa. Aku berpuas hati. Aku berehat seketika.
$$$ Shadow Palm, Maafushi, 120USD untuk 2 malam (Termasuk
12% VAT Tax, 10% Service charges, 6USD Environment fee per person per night)
Aku dah puas
berehat, aku mengambil keputusan untuk explore pulau Maafushi. Aku mula
berjalan. Banyak juga hotel di pulau ini. Ada satu kawasan yang dipagar dikhaskan
untuk pelancong yang menggunakan pakaian mandi (bikini) sebab disini tidak
boleh menggunakan bikini secara terbuka.
Aku singgah di
sebuah kedai menjual barangan cenderahati. Agak boleh dan banyak pilihan fridge
magnet disini. Aku hanya survey harga terlebih dahulu sebab aku ada 2 hari
lepak di pulau ini. Jalan-jalan, sampailah aku di pintu pagar penjara Maafushi.
Wah, pulau ini ada kawasan penjara rupanya. Dan inilah penghujung pulau ini.
Travel Tips #12: Souvenier murah adalah di Pulau Maafushi, boleh tawar
menawar dan banyak pilihan.
|
Kebanyak
hotel-hotel menghadap kawasan matahari terbenam. Untuk matahari terbit anda
perlu berjalan ke arah sebelah. Tidak jauh, cuma dalam 5 minit dah sampai.
Jadi, maksudnya di pulau ini, anda boleh menikmati matahari terbit dan
terbenam.
Sempat singgah di
kedai yang menawarkan sukan air. Geram jugak nak main sukan air ni. Tapi
harganya agak mahal. Mungkin lain hari, kalau aku ada masa yang free nanti aku
sign up.
Dalam perjalanan
balik, hari dah mula gelap. Aku jumpa satu restoran di tepi pantai yang
menawarkan dinner buffet dengan harga 8USD (All you can eat), setelah semua
tax, jadi total dalam 10USD untuk seorang. Bagi aku, harga itu dah berbaloi. Di
dalam menikmati pantai, boleh juga menikmati hidangan makanan laut yang fresh.
Ada ikan, udang, dan lain-lain lagi. Kawasan ini buffet dinner agak murah, jika
di kawasan berdekatan dengan hotel aku, agak mahal, harga ditawarkan dalam
12USD-15USD.
Travel Tip #13: Buffet dinner yang murah di Pulau Maafushi adalah tempat
yang berjauhan dengan hotel. Tapi takla jauh mana, jalan 10 minit. Jika
kawasan hotel di hujung kiri, anda perlu ke hujung kanan. Tak ramai orang.
Dan sila pergi dalam jam 6.30pm, untuk mengelakkan kehabisan makanan.
|
$$$ Dinner Buffet All-You-Can Eat: 10USD per pax including
all taxes.
Aku lihat ramai
yang berpasangan datang, aku orang yang terawal. Meja terdapat lilin untuk
menambahkan mood romantik. Tapi apakan daya aku berseorang. Setelah beberapa
minit, meja dipenuhkan. Ada juga pengembara solo yang datang. Jadi aku tidak la
berasa malu sangat kan.
Dah kenyang, aku
mula berjalan balik ke hotel. Aku ternampak office company ICOM, dan aku
singgah dan masuk. ICOM adalah company yang banyak menawarkan tour day trip
termasuklah resort day trip ataupun servis speedboat Male-Maafushi.
Aku baca pamhplet
satu persatu, dan ada juga di dalam fail. Banyak resort yang ditawakan. Tetapi
harganya semuanya 100USD ke atas. Banyak juga resort yang menarik, tetapi
disebabkan aku solo, aku tidak dapat pilih tour tersebut disebabkan ianya
memerlukan minimum 2 orang. Jadi aku bertanyakan resort day trip tour manakah
yang ada orang nak pegi esok. Ada 3 pilihan.
Travel Tips #14: Jika anda travel berdua atau lebih, anda boleh mililih
mana-mana resort trip. Setiap resort ada keistimewaan sendiri. Nasihat saya,
boleh check instagram resort-resort tersebut, gambar yang orang tag. Kalau
cantik dan best, pilihlah resort tersebut. ak tengok gambar Centara Ras Fushi
dari aku? Tunggu next post.
|
At last aku pilih
ke Centara Ras Fushi untuk esok hari, harga 100USD seorang, termasuk boat pegi
balik, makanan tengahhari, free flow drinks, dan boleh menggunakan semua
faciliti disana kecuali tiada bilik je. Sebab aku pilih Centara, sebab disini
free untuk main water sport, seperti kayak, dan snorkeling. Aku rasa ini agak
extra.
$$$ Resort Full Day Trip Tour Centara Ras Fushi, 100USD
including transfer, free flow drinks, lunch, watersport and all facility. Buy
from ICOM office
Malam hari, aku
balik ke bilik untuk mandi dan berehat seketika. Jam 10 malam, aku keluar
sekejap untuk lepak di restoran menikmati minuman panas sambil menikmati angin
bayu Pulau Maafushi. Dalam hati, how I wish to bring my love here...
Selepas itu, aku
balik ke hotel untuk tidur.....
Bersambung di hari 4...
Read my MALDIVES articles:
7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo
30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu
Maldives Solo Travel - Itinerary & Full Budget Report for 5 days 4 nights
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips
Read my MALDIVES articles:
7 Cabaran Travel ke Maldives Secara Solo
30 Tips Travel di Maldives Yang Perlu Anda Tahu
Maldives Solo Travel - Itinerary & Full Budget Report for 5 days 4 nights
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 1 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 2 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 3 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 4 berserta Bajet & Tips
Maldives Solo Travel - Travelogue Lengkap Hari 5 berserta Bajet & Tips
Terima kasih berkongsi info yang menarik. Memang pergi seorang me berdua lokasi ni?
ReplyDeletesama-sama...ya, pergi seorang kak...
DeleteAssalam. Saye akan ke maldives pade bulan lapan ni... boleh saye mntk tlg ajar utk penggunaan pengankutan awam? Kerana saye ade mencarindi internet tp saye pening... hehehe... saye amat2 memerlukan pertolongan encik.. tq ye..
ReplyDelete