10 Tips & Tricks Tempah Hotel Secara Online Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun semasa aku backpacking, kebanyakan hostel/hostel yang aku tinggal adalah hasil daripada walk-in, iaitu hotel/hostel yang paling murah dan selesa setelah kita survey hotel/hostel di sekitarnya.

Tetapi, jika kita traveling di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya kita hendaklah menempah bilik hotel terlebih dahulu. Ada juga sesetengah imigresen yang memerlukan kita untuk menunjukkan cetakan tempahan bilik. Walaupun anda menggunakan AirBNB, ada sesebuah negara sebenarnya tidak membenarkan anda untuk tinggal di rumah penduduk setempat. Jadi anda perlu tahu tips & tricks bagaimana untuk memanipulasikan situasi ini.

Semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia kembara ini. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak. 

Semoga bermanfaat dan semoga anda berkongsi dengan rakan anda.


1. Perlukan cetakan tempahan, tetapi anda tidak menginap disitu sebaliknya tinggal dengan host Couchsurfer atau AirBnb.

Meletakkan alamat rumah kawan, hos CS ataupun hos AirBnb di dalam borang tiba adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Ada sesetengah negara yang tidak membenarkan anda tinggal di rumah penduduk setempat, contohnya Myanmar. Di Jepun juga AirBnb masih lagi belum dibenarkan sepenuhnya.

Jadi, untuk kes ini, anda perlukan cetakan tempahan bilik. Caranya senang sahaja, melalui tempahan Booking.com, anda tidak perlu membayar bilik tempahan anda terlebih dahulu kerana akan dibayar semasa check-in. Terdapat pilihan dimana, anda boleh membatalkan tempahan secara percuma 7-3 hari sebelum anda check-in. Jadi, untuk mendapatkan cetakan tempahan bilik, tempahlah hotel yang anda nak pada tarikh anda travel, setelah mendapat email confirmation, sila cetak email tersebut. Setelah selesai, anda boleh batalkan tempahan anda secara percuma. Di kaunter imigrasi, cuma tunjukkan cetakan tempahan hotel tersebut. 

Permandangan matahari terbenam di Kolam Renang Infiniti, C'haya Hotel, Tanjung Aru, Sabah

2. Hendak menempah bilik termurah, tetapi sampai di sana nanti hendak cari bilik yang lebih murah. Jika tidak datang, takut akan kena charge.

Okay. Trick ini banyak yang tidak tahu. Anda boleh menempah bilik melalui Booking.com tanpa membuat sebarang pembayaran. Betul atau tidak?. Tempahlah bilik yang anda rasa murah dan selesa sebagai pilihan terakhir sekiranya anda tidak menjumpai bilik yang lebih murah dari itu ataupun bilik sudah penuh. 

Tapi, mereka akan caskan bilik jika tidak mendaftar? Jangan risau, semasa meletakkan data kad kredit di dalam Booking.com untuk verifikasi. Masukkan 3-digit CVV yang SALAH. Contohnya jika nombor kad kredit anda 123, anda masukkan 456. Tempahan akan berjaya. Kebanyakan hotel di dalam Booking.com jarang memeriksa kad kredit anda. Tetapi ada sesetengah juga akan membuat verifikasi. Jika verifikasi gagal, mereka hanya akan menghantar email peringatan tetapi mereka tidak membatalkan tempahan anda. Jika anda tidak muncul, anda tidak akan dikenakan sebarang cas, sebab mereka tidak dapat melalui transaksi kerana 3-digit kad kredit tersebut adalah salah.

Trick ini juga manfaat seperti trick No.1, cuma disini anda tidak perlu membatalkan tempahan anda. Takut, pihak imigrasi menelefon hotel anda, jadi tempahan anda memang ada disini.

Jadi Booking.com tersangatlah best. Jom tempah bilik kat Booking.com sekarang!


3. Bagaimana pulak website yang mengenakan deposit. Memang tidak dapat menipu 3-digit. Jika tidak check-in, akan dikenakan cas.

Seperti Hostelworld & Hostelbooker, website ini akan mengenakan 10% daripada jumlah tempahan anda. Anda perlu membayar deposit ini dengan menggunakan kad kredit. Jika anda tidak muncul pada hari anda tempah, anda akan dikenakan cas 1 malam penginapan.

Untuk kes ini, penggunakan kad debit adalah sangat bijak. Pastikan kad debit tersebut sentiasa kosong dan hanya diisi wang sekiranya anda ingin menggunakan. Untuk pembayaran deposit, contohnya deposit sebanyak RM20 dikenakan, cuma isi RM20 di dalam debit kad anda. Biarkan kad debit anda kosong selepas itu. Jika anda tidak muncul, mereka tidak akan dapat mengenakan cas ke atas debit kad anda kerana transaksi ditolak.

Bilik dorm, Rainforest Bed & Breakfast, Kuala Lumpur

 4. Pencarian bilik paling murah.

Di internet, terbanyak banyak website pencarian hotel. Tahukah anda harga bilik adalah berbeza di setiap website ini. Jadi untuk membandingkan harga-harga website ini, aku syorkan website seperti HotelsCombined.com. Mereka akan membandingkan harga bilik yang ditawarkan oleh pencarian hotel seperti Booking.com, Agoda, Traveloka,  Hotels.com, dan sebagainya.

Setelah mendapat harga termurah, take note terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat seterusnya, anda boleh menelefon hotel tersebut untuk mendapat harga promosi pada tarikh yang sama, bandingkan. Jangan lupa bertanyakan sama ada harga sudah termasuk tax ataupun tidak.


Kolam renang, Citadines Uplands Hotel, Kuching Sarawak

5. Mengumpul points

Aku rasa semua sudah tahu cara untuk mengumpul points seperti Agoda, Hostelworld dan sebagainya. Untuk Agoda, points tersebut boleh ditukar kepada nilai wang di mana anda boleh menolak harga bilik berdasarkan points terkumpul anda. Anda mungkin tidak perlu membayar apa-apa pun untuk bilik tersebut sekiranya point terkumpul anda begitu banyak.

Tetapi bagaimana untuk memanupulasikan points ini. Anda akan mendapat point berdasarkan harga bilik, semakin mahal semakin banyak point. Anda juga akan mendapat point sekiranya anda membuat ulasan hotel, 500point untuk satu ulasan. Ramai yang tidak tahu, jika anda menempah 10 malam di dalam satu tempahan, maka anda perlu membuat 1 ulasan, jadi 500 point anda dapat, sepatutnya anda haruslah menempah 10 tempahan, 1 tempahan untuk 1malam. Jadi 10 malam, 10 tempahan, anda perlu membuat 10 ulasan yang sama dimana anda akan mendapat 5000 points Agoda. Genius? Memang genius. Jom tempah hotel kat Agoda sekarang?
 

 6. Harga hotel berubah dari masa ke semasa

Jika anda membuat tempahan melalui booking.com dimana tiada bayaran dikenakan, walaupun anda telah membuat tempahan sebulan lebih awal, anda perlu untuk mencari lagi bilik di hotel yang sama di hari yang sama. Ini adalah kerana, harga hotel tersebut boleh berubah-ubah.

Pernah terjadi kepada aku, 2 bulan sebelum harga hostel harga RM200, tetapi 1 bulan sebelum harga hostel jadi RM150, tetapi sebab anda telah membuat tempahan RM200, anda perlu membayar jumlah tersebut. Jadi, apa yang anda perlu buat, batalkan tempahan anda, tempat lagi sekali supaya harga di dalam borang tempahan ditukar.

Deluxe room, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

7. Penggunakan Private Tab / Incognition Window

Ini ramai yang dah tahu, silala guna Private Tab untuk Mozilla ataupun Incognition Window untuk Chrome semasa mencari bilik tempah anda. Ini adalah kerana, jika anda tidak menggunakan kaedah ini, anda mungkin akan mendapat bilik dengan harga yang lebih mahal untuk lawatan ke website tersebut pada kali kedua. Ini adalah kerana website tersebut mempunyai rekod lawatan anda sebelumnya.

Trick ini juga boleh digunakan untuk pencarian tiket pesawat.




8. Percuma 1 malam, selepas menginap 10 malam

Tahukah anda, Hotels.com mempunyai program Rewards yang menarik jika anda mempunyai akaun disana. Sekiranya anda mempunyai tempahan hotel untuk 10 malam yang terkumpul, anda akan dapat percuma 1 malam (harga bilik percuma adalah dari harga purata 10 malam). Menarik bukan? Jom tempah bilik kat Hotels.com


9. Pilihan negara hendak pergi dan website hendaklah sama

Okay, tricks ini agak complicated. Contohnya, jika anda hendak booking bilik di negara Australia menggunakan Booking.com, anda janganlah membuat pilihan "Country" anda Malaysia ataupun negara lain, letakkan negara Australia dan juga currency anda letakkan "Austria Dollar", jangan letak Ringgit. Akan terdapat perbezaan harga disitu kerana, rakyat tempatan akan dikenakan diskaun.

Jika anda memilih Country "Japan", kemungkinan website ini akan menggunakan bahasa Jepun. Jadi anda perlu membuka website tempahan bahasa Jepun ini dengan menggunakan Google translation.

Tak tahu korang faham ke tak, cuba buka website booking.com, anda akan nampak bendera kecil di atas website tersebut. Ya, itulah yang aku maksudkan.


Kolam Renang di Pacific Express Hotel, Kuala Lumpur



10. Buat email baru setiap kali tempah hotel


Tahukah anda, setiap pendaftaran baru dengan menggunakan link referal rakan anda, anda akan mendapatkan ganjaran dan diskaun. Betul tu, trick ini juga ramai digunakan oleh orang di luar sana. Ini saya senaraikan

a. Ganjaran rewards USD15 daripada Booking.com

Setelah anda mendapatkan email baru, daftar dengan Booking.com melalui link ini (klik). Dan tempahlah bilik hotel anda, setelah anda bermalam di hotel tersebut, anda akan mendapat ganjaran USD15 = RM60 untuk tempahan seterusnya. 

b. Diskaun sebanyak RM120 selepas mendaftar AirBnb

Jika anda bercadang untuk menginap di AirBnb dan belum pernah mendaftar, silalah daftar akaun anda disini (klik). Dan jika anda pernah mendaftar, buatlah email baru untuk mendapatkan ganjaran nilai sebanyak RM120 untuk tempahan pertama anda. Banyak bukan? Tapi tempahan mestilah bernilah RM290 ke atas. Apa lagi, jom daftar AirBnb dan pilih tempat anda menginap!




Dah habis baca dan fahamkan? Apa tunggu lagi!!

Jom tempah hotel melalui Booking.com. Klik disini

Jom tempah hotel melalui Agoda.com. Klik disini
Jom tempah hotel melalui HotelsCombined. Klik disini
Jom tempah hotel melalui Hotels.com. Klik disini

COMMENTS

BLOGGER: 24
  1. aku fail bab booking hotel ni. slalu kwn aku yang satelkan hal ni. thanks tuk info ni :D

    ReplyDelete
  2. hi nak tanya, kalau kita cancel booking pastu dlm acct bank takda duit so dia tak boleh nak charge lah kan?

    ReplyDelete
  3. terpulang kepada guna yang mana... kalau belum charge, duna debit card yg takda duit, mmg takkan dpt charge

    ReplyDelete
    Replies
    1. I guna maybank balance rm20 je. So cancellation fee akan failed kan?

      Delete
    2. betul...dia tak dapat nak charge kat card...

      Delete
  4. Kalau yg letak 3 digit salah tu, memang xapa ye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hotel tak charge dulu..mmg takde ape jadi..tp utk booking.com lah

      Delete
  5. I selalu check harga dengan hoteldealsexpress best gak macam trivago

    ReplyDelete
  6. Jika tertekan button tempah di booking.com dan kita diminta utk isi butiran utk ke next step jadi masalah x kalau just biarkan tanpa beri ape2 maklumat kita

    ReplyDelete
  7. Mcm mna if kita mmg nk pnginapan tu tp xnk byar full dahulu? Tggu sana baru byar kn a week before pergi bru bayar? Dy xdpt nk process byaran then tmpahan still available or not? ����

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya macam mana nak cancel dekat booking.com sebab sebelum ni saya dah tempah dan saya check harga hotel tu sekarang murah drpd harga waktu saya booking di hotel yang sama.
    Kalau cancel kena bayar dan boleh proceed untuk booking semula hotel baru ke?

    ReplyDelete
  9. Adakah anda tahu, terdapat 49 hotel yang telah diistiharkan stesen kuarantin COVID-19 oleh kerajaan Malaysia untuk mereka yang baru pulang dari luar negara? Terdapat 49 buah hotel di Malaysia sebagai stesen kuarantin dan diantaranya 12 buah hotel di Selangor serta 19 buah hotel di Sekitar Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama terdapat 488 lokasi awam turut dijadikan tempat kuarantin ini.

    Senarai Hotel Di Kuala Lumpur & Selangor yang Diistiharkan Stesen Kuarantin COVID-19

    ReplyDelete
  10. Banyak dapat ilmu baru dari tulisan ini, ma kasih banyak Mas Bro... :-D

    ReplyDelete
  11. Kalo debit kad kosong lepas tu dah lama sikit kita, kita.masukan duit..pihak hotel dpt potong tak duit kita.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends dia potong waktu mana... kalau bernasib malang, dia potong hari yg sama kita ada duit dlm tu.... hehehe

      Delete
Do not forget to add me on Instagram @mytravellicious . Thank you! Any comment with the html link will be deleted. Thank you

Name

#AboutKL,46,AirAsia,1,AirAsiaX,1,Airlines Review,33,Airport Lounge,5,Asia,51,Attraction,54,Australia,3,Australia - Perth,1,Award,2,Backpacking,2,Business Class,3,Cambodia,13,Cambodia - Kampot,1,Cambodia - Kep,2,Cambodia - Koh Rong,2,Cambodia - Phnom Penh,1,Cambodia - Siem Reap,3,Cambodia - Sihanoukville,5,Cameron Highland,1,Canada,1,Casio,1,Casio Exilim Malaysia,1,Cebu Pacific Air,1,China,6,China - Beijing,1,China - Guangzhou,3,China - Shenzhen,1,China - Wuxi,1,Contest,5,Couchsurfing,1,Croatia,1,Croatia - Plitvice Lake,1,Cruise,1,Cyprus,2,Cyprus - Limassol,1,Cyprus-Larnaca,1,Economy Class,17,England,1,England - London,1,Europe,6,Featuring,13,Festival,27,Flexiroam,1,Food,84,Food - Kelantan,1,Food - Klang Valley,11,Food - Kuala Lumpur,4,Food - Kuching,1,Food - Makassar,1,Food - Malacca,3,Food - Penang,1,Food - Shah Alam,1,Food - Singapore,2,Food Event,1,Food Review,64,Giveaway,1,Halal Food,11,Hong Kong,2,Hotel,85,Hotel - Bali,1,Hotel - Bangkok,1,Hotel - Busan,1,Hotel - Hanoi,1,Hotel - Jakarta,1,Hotel - Kota Bharu,1,Hotel - Kota Kinabalu,1,Hotel - Kuala Lumpur,20,Hotel - Kuching,2,Hotel - Malacca,3,Hotel - Pahang,5,Hotel - Pasir Puteh,1,Hotel - Penang,1,Hotel - Sapa,1,Hotel - Selangor,8,Hotel - Singapore,1,Hotel - Terengganu,1,Hotel Review,77,Indonesia,54,Indonesia - Bali,22,Indonesia - Bandung,5,Indonesia - Banyuwangi,3,Indonesia - Belitung,1,Indonesia - Bogor,1,Indonesia - Dieng,1,Indonesia - Jakarta,8,Indonesia - Lombok,4,Indonesia - Makassar,1,Indonesia - Medan,1,Indonesia - Nusa Penida,1,Indonesia - Palembang,1,Indonesia - Surabaya,1,Indonesia - Yogyakarta,8,interview,1,Iran,3,Japan,8,Japan - Chiba,1,Japan - Himeji,1,Japan - Kobe,1,Japan - Kyoto,1,Japan - Mie,1,Japan - Nagoya,2,Japan - Niigata,2,Japan - Osaka,2,Japan - Shiga,1,Jet Airways,1,Johor,3,Johor - Desaru,1,Kedah,1,Kelantan,3,Kiple,3,KL Tower,1,KL Tower International Jump Malaysia 2016,2,Korean Air,1,Kuala Lumpur,64,Kuching,2,Langkawi,3,Laos,1,Laos - Luang Prabang,1,Live Update,4,Macau,1,Malacca,13,Malacca - Malacca City,11,Malaysia,184,Malaysia Airlines,8,Maldives,10,Malindo Air,6,MASWings,1,McDonalds,1,Media FAM Trip,2,Melaka,1,Minnature Malaysia,1,Mongolia,11,Music Festival,4,Myanmar,13,Myanmar - Bagan,5,Myanmar - Mandalay,3,Myanmar - Yangon,4,Myanmar Airways International,1,Negeri Sembilan,5,New Zealand,1,North America,1,Pahang,9,Palace of The Golden Horses,2,Penang,8,Perak,4,Philippines,5,Philippines - Bohol,4,Philippines - Boracay Island,3,Philippines - Cebu,1,Philippines - Puerto Princesa,1,Products,15,Putrajaya,4,Qatar,8,Qatar - Doha,2,Qatar Airways,2,Ramadhan,9,Ramadhan Buffet 2017,6,Ramadhan Buffet 2018,8,Ramadhan Buffet 2019,5,Raya,1,Recognition,1,Review,1,Reviews,245,Router,1,Sabah,20,Sabah - Kota Kinabalu,21,Sarawak,43,Sarawak - Bakelalan,1,Sarawak - Bintulu,4,Sarawak - Kabong,1,Sarawak - Kuching,33,Sarawak - Lawas,2,Sarawak - Miri,3,Sarawak - Mukah,1,Sarawak - Mulu,2,Sarawak - Sri Aman,1,Scoot,4,Selangor,27,Ship Life,3,Singapore,14,South America,1,South Korea,5,South Korea - Busan,1,South Korea - Seoul,1,South Korea - Tong Yeong,4,Southeast Asia,122,Spa,1,Sponsor,1,Taiwan,6,Taiwan - Kaohsiung,2,Taiwan - Taipei,2,Technology,1,Terengganu,3,Thai Airways,1,Thailand,16,Thailand - Bangkok,4,Thailand - Chiang Mai,2,Thailand - Chiang Rai,1,Thailand - Golok,1,Thailand - Hat Yai,2,Thailand - Khai Island,1,Thailand - Koh Pangan,2,Thailand - Koh Samui,2,Thailand - Krabi,3,Thailand - Phuket,2,The Taaras,2,The Westin,1,Theater,1,Top Blogger,3,Tourism Malaysia,2,TP-Link,1,Travel,7,Travel News,42,Travel Tips,58,Travelogue,39,Travelogue - Myanmar,10,Trinidad & Tobago,1,Turkey,4,Turkey - Selcuk,1,UAE,3,UAE - Dubai,2,United Kingdom,1,Video,46,Vietnam,20,Vietnam - Hanoi,7,Vietnam - Ho Chi Minh,7,Vietnam - Nha Trang,1,Vietnam - Sapa,3,Vlog,5,Workplace,3,Worldwide,58,
ltr
item
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia: 10 Tips & Tricks Tempah Hotel Secara Online Yang Anda Perlu Tahu
10 Tips & Tricks Tempah Hotel Secara Online Yang Anda Perlu Tahu
10 Tips & Tricks Tempah Hotel Secara Online Yang Anda Perlu Tahu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhctpRy3T6bdpfelxeU8G1qHDZ_Tq2SqnL76tIx5jqxdbXEixDp1rkLbaiAn1pKciH_lt-6OqCPiqnskNq8jsw-bUq_PzCPAvbdQlkvw2mqFBxaxMUt8rKEuuBaA8TzEQzSUqasx6-leTE/s640/tips+trick+tempah+hotel+online+perlu+anda+tahu+guide+travel+malaysia+mytravellicious.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhctpRy3T6bdpfelxeU8G1qHDZ_Tq2SqnL76tIx5jqxdbXEixDp1rkLbaiAn1pKciH_lt-6OqCPiqnskNq8jsw-bUq_PzCPAvbdQlkvw2mqFBxaxMUt8rKEuuBaA8TzEQzSUqasx6-leTE/s72-c/tips+trick+tempah+hotel+online+perlu+anda+tahu+guide+travel+malaysia+mytravellicious.jpg
MYTRAVELLICIOUS - Foods & Travel Blog Malaysia
https://www.mytravellicious.com/2016/02/7-tips-tricks-menempah-hotel-secara.html
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/
https://www.mytravellicious.com/2016/02/7-tips-tricks-menempah-hotel-secara.html
true
2687973012188888011
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content