Melaka adalah sebuah negeri kegemaran aku. Pertama sekali adalah kerana “environment” Melaka adalah sangat “cool”. Walaupun hanya duduk di persekitaran di situ, terasa tenang dan anda berasa seolah-olah berada di negara lain. Selain kaya dengan sejarah, terdapat pelbagai restoran yang menarik di sekitar bandaraya bersejarah ini.
Kali ini, aku sempat mencuba 4 buah restoran di sekitar Melaka. Semuanya adalah berdekatan antara satu sama lain.
Disclaimer:
This review is truly based on my own personal experiences and is my genuine and honest opinion of this restaurant, and that I have no personal or business relationship with this establishment.
This review is truly based on my own personal experiences and is my genuine and honest opinion of this restaurant, and that I have no personal or business relationship with this establishment.
1. EAT Canteen
Dekorasi kreatif EAT Canteen |
Instagram: @Altitude.Emporium
Ini adalah sebuah café hipster yang menyajikan menu makanan barat. Dekorasi café adalah sangat menarik dan kreatif, kebanyakan adalah terdiri daripada bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula.
Meatball |
Lokasinya berada di kawasan Plaza Mahkota, jauh dari kesibukan Jonker Walk. Harga makanannya adalah berbaloi. Dijamin HALAL.
Menu EAT Canteen |
2. Restoran Asam Pedas Pokok Besar
Ini namanya melantak |
Ini adalah merupakan salah satu kedai yang menyajikan makanan terkenal di Melaka iaitu Asam Pedas. Terdapat pelbagai jenis asam pedas mengikut kehendak anda. Sekitar kedai ini juga, terdapat banyak lagi restoran asam pedas, pastikan anda tidak tersalah kedai. Harganya pun berpatutan. Asam pedasnya pula adalah sangat “power!”
3. The Daily Fix
Pintu masuk The Daily Fix |
Instagram: @thedailyfix
Café ini terletak di Jonker Walk. Kemungkinan anda tidak perasan akan café ini disebabkan café ini terselindung oleh kedai cenderahati. Anda perlu memasuki kedai cenderahati tersebut untuk ke café Daily Fix ini.
Dekorasi The Daily Fix |
Boleh dikatakan harga makanan di sini agak mahal. Dekorasi café ini adalah seakan-akan akan memasuki ke zaman 80an kehidupan baba dan nyonya sesuai dengan kedudukan di Jonker Walk. Servis perkhidmatan disini adalah terbaik dan semua staff tersangatlah professional dan membantu.
Menu - The Daily Fix, gamba kecil kiri bawah adalah kedai cendehati yang perlu dilalui untuk ke cafe |
Di sini anda boleh mencuba Pandan Pancake dengan Ais-Krim, di mana Pandan Pandan ini akan dimakan dengan kelapa parut gula Melaka. Sedap!
Pandan Pancake dengan ais-krim |
4. LeQue
Pintu masuk LeQue |
Instagram: @LeQue88
Café ini terletak bersebelah dengan Jonker Walk dan dimiliki oleh seorang Chef melayu. Jadi makan disini dengan penuh yakin. Menu utamanya adalah Western Fusion. Jangan lupa untuk mencuba menu pilihan chef dan menu signature.
Staff-staff mereka pun terbaik. Dekorasinya ringkas dan kemas.
Dekorasi LeQue |
Menu LeQue |
Chicken Terayaki Pasta - Signature Dish LeQue |
COMMENTS