Iolz sempat singgah di Mukah semasa perjalanan dari Bintulu untuk balik ke Kuching dengan memandu kereta iolz sendiri.
Daripada simpang Mukah ke bandar Mukah mengambil masa lebih kurang satu jam. Objektif utama untuk ke Mukah adalah untuk melihat sendiri Pesta Kaul 2015.
31 km lagi nak sampai Mukah |
Nampak jambatan ni, maka kita dah sampai di Mukah |
Pesta Kaul diadakan bermula pada 25 April 2015 yang lepas sehinggalah 30 April 2015. Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini berlangsung
Tetapi tahukah anda maksud Pesta Kaul ini?
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
"Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.
Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat- tempat tersebut.
Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. Dimana sungai, laut dan hutan tempat utama sumber pendapatan mereka.
Namun dengan adanya perubahan agama dan anutan , masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan kaul.
Malah Pesta kaul telah dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar bagi masyarakat Melanau.
Bahkan kini, ia menjadi salah satu pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan masyarakat Melanau secara khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul.
Kini pesta Kaul bukan lagi sekadar satu perayaan tradisi kaum melanau, malah telah meletakkan Mukah sebagai destinasi pelancongan. Kerana kemeriahan Pesta kaul sentiasa dinantikan masyarakat tempatan mahupun pelancong asing yang datang berkunjung.
Sambutan mengalakkan terhadap pesta Kaul sekaligus meletakkan kawasan N51 Balingian dalam kalendar pelancongan negeri." Sumber daripada http://www.sarawakiana.net

Iolz sempat menerjah pesta Kaul pada hari Ahad lepas dalam masa satu jam sahaja, sebab perjalanan kami ke Kuching masih lagi jauh.
Kebanyakan gerai makanan, pakaian dan barangan souvenirs. Terdapat juga tempat untuk memberikan info tentang pembuatan sagu dan macam-macam lagi.
Ada juga 2 buah tibau didirikan untuk sesiapa yang ingin mencuba. (Gambar paling atas)
Tetapi yang yang membuat mata iolz sakit adalah pencemaran sampah di sepanjang pantai di mana berlangsungkan pesta ini. Iolz pernah menyuarakan kekecewaan di FB, kebanyakannya mengatakan ini adalah tabiat biasa seorang MALAYSIA. Benarkah? Adakah iolz sebagai seorang MALAYSIA yang begitu? Bagaimana hendak menarik pelancong pelancong luar tetapi kebersihan sekitar tidak dijaga.
Sampah di sepanjang pantai Kala Dana, Mukah |
Iolz juga berasa lega kerana tidak ternampak kelibat mat salleh atau orang asing kerana keadaan yang iolz sedang lihat ini amat memalukan. Penganjur hanya menitik beratkan kelancaran pesta tetapi telah alpha dengan kebersihan.
Jom kita lihat gambar sekitar Pesta Kaul 2015!
Berbaju melanau menunggu Gabenor Sarawak |
Permainan traditional seperti main guli. |
Main gasing |
Sagu in process |
Sagu in Process |
Sagu in process |
Sagu in process |
Sagu in process |
Terbang bermain tibau |
Kene panjat nie tunggu turn main tibau |
Pokok sagu |
Anyaman |
Layang-layang berbentuk alien |
Etnik Sarawak |
Makanan. Buntut ayam |
Bahasa Melanau pun ada. Kak Parking Gitou |
Tebaloi |
Aduh sampah ! Mencacatkan pemandangan !
ReplyDeleteitulah yang menyedihkan.....:(
DeleteRindu mukah. especially umai fresh dari tamu. First time p Mukah naik bot kot dari Sibu, terus ke Dalat. Gigih time ya nak tengok Pesta Kaul. Nak main tibau ramai lelaki lah pula. hahaha
ReplyDeletea-ahh...sedapkan umai fresh tu.....huhuhu... wah gigih naik bot bagai... a-ah, lelaki je yg main tibau,, tetiba u pakai baju kurung main tibau, mmg alien..hehehe
Deletekalau mahu pergi ke mulu by car boleh kan dari kuching?
ReplyDeletetak boleh.... by flight
Delete